Headlines News :
Home » , , » Krisis Rumahtangga Selebriti Malaysia 2012

Krisis Rumahtangga Selebriti Malaysia 2012

Written By Zul Fikri on Thursday, December 27, 2012 | 11:22 AM



Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula pasangan suami isteri. Menjadi lumrah hidup, setiap manusia tidak dapat lari dari dilanda kemelut rumahtangga. Ada yang berjaya mempertahankan rumahtangga mereka, namun tidak kurang juga yang menemui jalan buntu dan perceraian merupakan pilihan terakhir.

Memang perit apabila hubungan yang dibina atas dasar cinta berakhir seperti itu, namun masing-masing sudah berusaha menyelamatkan mahligai yang dibina. Tapi seperti yang sudah termaktub, ajal, maut, jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Kita sebagai manusia hanya merancang dan Tuhan yang menentukannya. Berikut merupakan senarai artis yang dilanda krisis rumahtangga dan perceraian sepanjang tahun 2012.


Chef Riz & Ana DahliaKisah keretakan rumahtangga pelakon Ana Dahlia dengan Chef Riz mula dihidu sejak Oktober lalu dan segala spekulasi akhirnya terjawab apabila pada bulan November, Chef Riz telah mengeluarkan kenyataan yang mereka berdua sudahpun bercerai.

Berita perceraian mereka agak mengejutkan industri apatah lagi rumahtangga yang dibina belum mencecah usia setahun. Enggan mendedahkan punca peceraian, namun menurut Chef Riz, kesibukan dalam karier masing-masing dan tiada lagi persefahaman merupakan antara punca mereka memilih jalan untuk berpisah.



Perkenalan yang singkat iaitu lapan bulan sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin juga merupakan antara sebab pasangan ini bercerai. Ada juga cerita kurang enak timbul kononnya rumahtangga mereka retak apabila Ana berlaku curang dengan keluar bersama bekas teman lelakinya.

Namun, bapa mertuanya Chef Wan tampil membersihkan nama Ana dengan menafikan pelakon ‘Cinta Itu Milikku’ ini berlaku curang. Ana dan Chef Riz akhirnya bercerai secara rasmi dengan talak satu pada 10 Disember lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kajang.

Raja Azmi & Jalani SidekProduser filem Raja Azmi bercerai dengan suaminya, bekas jaguh badminton negara Jalani Sidek selepas 28 tahun mendirikan rumahtangga. Pasangan yang mempunyai tiga orang anak dan dua cucu ini bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 27 Jun 2012 iaitu pada hari lahir Raja Azmi.


Menganggap ia sebagai hadiah dari Allah atas segala kesilapannya selama ini, Raja Azmi memberitahu punca perceraian mereka adalah kerana tidak wujud lagi kasih sayang antara mereka selain berhadapan dengan konflik rumahtangga yang berpanjangan.


Beliau juga tidak sanggup lagi mendengar tohmahan dari masyarakat yang menghina suaminya sebagai lelaki dayus. Krisis rumahtangga mereka bermula apabila Raja Azmi difitnah kononnya mempunyai skandal dengan Roslin Hashim. Penerbit filem ‘…Dalam Botol’ ini pernah didakwa berkhalwat dengan Roslin pada Ogos 2010 di Hotel Corus, Jalan Ampang namun dibebaskan selepas setahun kes mereka disiasat.

Jimmy Shanley & NursuhailaSelepas setahun naik turun mahkamah, kemelut rumahtangga pengacara Jimmy Shanley dan Nursuhaila akhirnya selesai apabila pasangan ini sah bercerai talak satu secara khuluk atau tebus talak dengan bayaran RM1. Pasangan ini bercerai pada 10 Oktober lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya selepas Suhaila menfailkan permohonan cerai pada 25 Oktober 2011.

Kemelut rumahtangga mereka bermula apabila Suhaila mendedahkan mereka sudah tinggal berasingan sejak 21 Oktober tahun lalu. Kes rumahtangga mereka mula mendapat perhatian apabila pelbagai perkara yang berlaku dalam rumahtangga mereka didedahkan. Jimmy memberitahu mahkamah bahawa masalah rumahtangganya telah bermula sejak hari pertama perkahwinannya lagi.



Pengacara ini turut mendedahkan beliau pernah menampar Suhaila sebanyak dua kali di mana kali pertama pada hari ketiga perkahwinannya (3 Oktober 2010) dan kali kedua ketika mereka berbulan madu di Koh Samui, Thailand (19 Oktober 2010) kerana ingin memberi peringatan kepada Suhaila yang sering kali mengingkari nasihatnya, bukan dengan niat mencederakannya.

Suhaila juga dikatakan mempunyai hubungan sejenis apabila Jimmy mendedahkan nama seorang wanita, Diana Mariana ketika prosiding mereka di mahkamah. Selepas bercerai, Suhaila telah bersetuju untuk menggugurkan tuntutan nafkah edah, mutaah serta hutang manakala Jimmy pula bersetuju untuk tidak membuat sebarang tuntutan berkaitan hutang di antara mereka. Kes nusyuz juga ditarik balik namun permohonan Jimmy untuk tuntutan hadanah iaitu hak jagaan anak mereka, Zahrah Shanley masih tetap akan diteruskan.

Erra Fazira & Engku EmranBukan sekali dua kisah mengenai keretakan rumahtangga primadona Malaysia ini diperkatakan. Pelbagai spekulasi yang timbul kononnya mendakwa mereka telah menghadiri sesi kaunseling serta sudah tidak tinggal sebumbung lagi. Engku Emran juga dikatakan sudah berkahwin lain dan Erra kini hidup bermadu.




Namun, kebenarannya hanya pasangan ini saja yang tahu. Erra pernah tampil menepis segala dakwaan yang timbul dan berharap agar semua pihak memahami situasinya sekarang. Erra menganggap setiap rumahtangga ada pasang surutnya dan perkahwinan mereka juga tidak terkecuali dari ditimpa dugaan.


Kontroversi rumahtangga mereka mula timbul selepas Engku Emran dilihat tidak lagi menemani Erra ke mana-mana majlis hiburan. Pelbagai versi cerita yang keluar kononnya rumahtangga mereka kini bagai retak menanti belah. Walau bagaimanapun, sehingga kini status perkahwinan mereka masih lagi kabur apabila masing-masing mengambil pendekatan untuk tidak mengulas lanjut mengenai perkara yang tersebar.

Adi Putra & Aida YusofRamai yang terkejut apabila pelakon 'Tentang Dhia', Adi Putra telah memfailkan permohonan untuk bercerai dengan isterinya Aida Yusof pada 11 Mei 2012 di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur. Keputusan untuk berpisah secara baik ini dibuat selepas pelbagai usaha untuk menyelamatkan rumahtangga mereka yang berusia enam tahun menemui jalan buntu.


Namun, tidak lama selepas itu, Adi telah menarik balik kes tersebut selepas mereka bersetuju untuk tidak lagi meneruskan niat bercerai. Mengambil tempoh sembilan hari yang diberikan untuk memperbaiki kemelut rumahtangga mereka, pasangan ini mengakui tidak sanggup berpisah kerana masih wujud lagi perasaan sayang di hati mereka.



Adi juga menafikan yang krisis rumahtangga mereka adalah disebabkan wujud pihak ketiga di mana pihak yang dimaksudkan adalah pelakon cantik Nora Danish. Tidak menyesal dengan tindakan yang diambil sebelum ini, Adi menganggap apa saja perkara yang berlaku adalah sebagai satu pengajaran dan iktibar buat dirinya. Adi dan Aida kini hidup bahagia di samping anak angkat mereka, Zara Adelia Haadi.
Share this post :
 
Support : 8Share lah! | ChurpChurp | Gush Ad lah!!
Copyright © 2014. Echo News Portal - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger