Headlines News :
Home » , , » Jackie Chan Akan Berlakon dalam filem "Expendables 3"

Jackie Chan Akan Berlakon dalam filem "Expendables 3"

Written By Unknown on Friday, December 21, 2012 | 12:40 PM




Berita penglibatan Jackie Chan dalam filem terbaru Sylvester Stallone, "Expendables 3" ternyata benar seperti yang diberitahu olehnya di majlis sidang media "CZ12" yang baru sahaja berlangsung di Kuala Lumpur pada hari Ahad yang lalu.
Menurutnya lagi, skrip bagi filem tersebut masih lagi belum siap.
"Sly telah mengajak saya untuk berlakon dalam "Expendables 2" tetapi saya terlalu sibuk dengan filem "CZ12" pada masa itu dan tidak boleh berikan komitmen lagi. Tetapi dia masih meminta saya melibatkan diri dalam filem ketiganya itu, yang saya telahpun bersetuju dengan syarat agar saya akan banyak membuat kemunculan dalam filem itu dan bukan hanya setakat watak kecil dalam beberapa buah babak sahaja," ujar beliau ketika ditemui.
Tambahnya lagi, beliau telah meluahkan harapannya kepada Stallone agar wataknya itu akan digandingkan bersama seorang watak yang menjadi kawan baiknya dalam filem tersebut. Stallone bersetuju dengan permintaan tersebut.
Selain "Expendables 3", Jackie Chan akan turut membuat persediaan bagi filem Hollywood terbaru bernama "Skip Tracer" yang seakan-akan menyerupai "Rush Hour".
"Skrip itu sedang diimbas oleh Chris Tucker buat masa ini. Secara peribadi, saya rasa jika dia mengambilnya, adalah lebih baik jika kami boleh menukarnya kepada "Rush Hour 4" tetapi saya fikir tiga filem francais sudah cukup baik. Jadi, lebih baik sahaja mulakan filem baru bersama teman sampingan yang baru," katanya.
Filem akan datang yang dibintangi beliau termasuklah "Police Story 2013" dan juga sebuah muzikal yang diberi nama "I Am Jackie Chan". Bagi filem muzikal tersebut, Chan memberitahu bahawa beliau tidak akan memainkan dirinya sendiri tetapi sebaliknya sedang mencari pelakon muda yang boleh memainkan dirinya semasa muda.
Dengan kesibukan jadualnya menjelang tahun baru, pengumuman beliau mengenai "CZ12" sebagai filem terakhir beliau nampaknya tidak memberi makna. Bintang aksi itu menjelaskan bahawa sebelum ini, beliau pernah berfikir untuk bersara setelah tamat penggambaran "CZ12" tetapi berubah fikiran apabila menyedari betapa sukarnya untuk berhenti berlakon begitu sahaja.
"Apa yang patut saya lakukan jika saya berhenti membuat filem? Oleh sebab itu, saya ingin membetulkan semula pengumuman yang dibuat. "CZ12" mungkin filem aksi terakhir saya. Saya tak mampu melakukan semua lagak ngeri seperti dulu dan akan lebih banyak bergantung kepada efek CGI pada masa akan datang. Tetapi yang pasti, saya tak akan keluar dari dunia filem."
Share this post :
 
Support : 8Share lah! | ChurpChurp | Gush Ad lah!!
Copyright © 2014. Echo News Portal - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger