Headlines News :
Home » , , , » Ditahan Gara-Gara Kencing Depan Khalayak

Ditahan Gara-Gara Kencing Depan Khalayak

Written By Zul Fikri on Wednesday, December 26, 2012 | 2:13 PM




Seminggu selepas ditangkap atas dakwaan memiliki dadah jenis kokain dan methamphetamine, aktorTwilight Saga, Bronson Pelletier, sekali lagi ditahan. Kali ini pula gara-gara perilakunya tidak senonoh dan menjijikkan.
Penangkapan terbaharu dilaporkan berlaku pada Isnin lalu kira-kira jam 2 petang di lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles (LAX) - dua jam selepas polis terpaksa mengeluarkan pelakon Kanada dari pesawat kerana membuat kacau di atas kapal kerana dipercayai mabuk.

Sumber penguatkuasaan undang-undang memberitahu TMZ.com selepas membawa Bronson keluar daripada pesawat, pelakon itu diarahkan untuk menunggu di terminal.

Tetapi tidak lama selepas pegawai polis beredar meninggalkan Bronson, mereka menerima satu lagi laporan daripada pengawal yang sedang bertugas di pintu terminal tersebut mendakwa Bronson telah membuang air kecil di tengah-tengah terminal itu - video.

Bagaimanapun pelakon berusia 25 tahun itu tidak mengaku melakukan perbuatan tersebut. Malah dia asyik mengomel dan berpura-pura seperti tidak bersalah sewaktu diheret pengawai polis.

Bronson dikenali selepas muncul dalam filem debutnya, 'Twilight Saga', memengang watak sebagai Jared, (kumpulan Wolf Pack).

Dalam perkembangan lain, mengenai dakwaan memiliki jenis kokain dan methamphetamine secara haram, Bronson tidak mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan itu dan dia telah diperintahkan untuk muncul kembali di mahkamah pada 17 Januari 2013.

- mD
Share this post :
 
Support : 8Share lah! | ChurpChurp | Gush Ad lah!!
Copyright © 2014. Echo News Portal - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger