Headlines News :
Home » , » Di hukum kerana berkahwin dengan warga asing

Di hukum kerana berkahwin dengan warga asing

Written By Unknown on Friday, December 7, 2012 | 11:27 AM


Sebuah mahkamah di Arab Saudi menjatuhkan hukuman lima hari penjara dan 10 kali sebatan ke atas seorang ibu empat anak kerana berkahwin dengan warga asing tanpa keizinan pihak berkuasa, perbuatan yang menyalahi undang-undang di negara itu.

Akhbar harian berbahasa Arab Almadina melaporkan, ibu itu, Muna Mohammed Ladan sebelum itu berkahwin dengan warga Syria tanpa mendapat kebenaran rasmi kerajaan. 

Pasangan itu kemudian bercerai sebelum rujuk semula dan kemudian bercerai sekali lagi. 


Mahkamah di Jeddah itu juga menjatuhkan hukuman sama ke atas bekas suami wanita berkenaan dan mengarahkannya membayar nafkah SR1,600 (RM1,300) setiap bulan.

Muna ketika memberi keterangan berkata, beliau berkahwin dengan suaminya pada 2005 dan memperoleh dua orang anak sebelum memfailkan tuntutan cerai, berikutan layanan buruk yang diterima.

Pada 2008, beliau bersetuju berkahwin semula dengan bekas suaminya selepas lelaki itu berjanji tidak akan menderanya lagi.

Mereka mendapat dua orang lagi anak, tetapi Muna sekali lagi memfailkan tuntutan cerai minggu lalu apabila suaminya mengulangi kelakuan buruknya dan menderanya semula.
Share this post :
 
Support : 8Share lah! | ChurpChurp | Gush Ad lah!!
Copyright © 2014. Echo News Portal - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger