Headlines News :
Home » , , , » Che Lah (MasterChef 2) Berhasrat untuk terlibat dalam dunia lakonan

Che Lah (MasterChef 2) Berhasrat untuk terlibat dalam dunia lakonan

Written By Zul Fikri on Monday, December 10, 2012 | 5:46 PM



Bekas peserta program MasterChef Malaysia 2, Che Lah tidak menolak untuk mencuba nasib dalam bidang lakonan sekiranya mempunyai tawaran daripada mana-mana syarikat produksi.
Che Lah atau nama sebenarnya, Shila Shereen, 40, berkata, hasratnya itu bukan semata-mata untuk mengejar populariti sebaliknya gemar mencuba pelbagai bidang bagi mengutip pengalaman.
"Sebelum ini Che Lah terlibat dalam dunia perniagaan produk kecantikan dan tidak pernah terfikir untuk memasuki pertandingan MasterChef sehingga menjadi enam peserta terbaik.
"Jadi rasanya tidak salah untuk Che Lah mencuba bidang lain seperti lakonan atau pengacaraan jika ada yang ingin memberi peluang itu," katanya kepada mStar Online.
Che Lah yang terkenal dengan 'tagline' "siapa kata perempuan cantik tidak boleh masak"itu turut memberitahu dia amat gembira dapat menyertai MasterChef musim kedua dan tidak menyangka dirinya dikenali ramai.
Dalam pada itu, Che Lah berkata perwatakannya yang manja dan gedik di dalam program itu bukan dibuat-buat seperti yang didakwa sesetengah pihak.
Che lah memberitahu dia tidak pernah menyimpan niat untuk menarik perhatian penonton dengan persenolitinya itu kerana ia adalah dirinya yang semulajadi.
"Selepas keluar dari MasterChef ada juga dengar orang kata saya buat-buat gedik dan manja tetapi itu adalah diri saya sebenar.

"Bagaimanapun ada juga yang memberi sokongan dan sentiasa memberi kata-kata semangat kepada saya," jelasnya.
Sementara itu, Che Lah berkata, dia masih menyimpan hasrat untuk membuka sebuah restorannya sendiri dan berharap impian itu akan terlaksana suatu hari nanti.
"Memasak adalah satu aktiviti yang sentiasa dekat dengan saya malah selepas menyertai program itu saya jadi lebih yakin ketika berada di dapur," katanya.

Share this post :
 
Support : 8Share lah! | ChurpChurp | Gush Ad lah!!
Copyright © 2014. Echo News Portal - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger