Headlines News :
Home » , , , » Budak 3 Tahun Sengaja Cari Maut dengan Telur Ular

Budak 3 Tahun Sengaja Cari Maut dengan Telur Ular

Written By Unknown on Friday, December 21, 2012 | 6:16 PM




SYDNEY - Kyle Cummings adalah kanak-kanak 3 tahun yang biasa, apa-apa yang yang dilihatnya yang dia rasa menarik, dia akan terus memungut dan mengambilnya ke rumah.

Pada satu hari yang kurang bernasib baik, Kyle telah mengambil satu set telur yang mana kandungan yang berkemungkinan akan membunuhnya sekiranya telur tersebut telah menetas.

Telur yang dibawa pulang oleh Kyle dan diletakkan di dalam bekas plastik dan menyembunyikannya di dalam almari bilik tidur dia, bukan sahaja telur 'lama' tetapi telur tersebut itu adalah kepunyaan ular ke-2 paling bahaya di dunia- eastern brown snake.

Alangkah terkejut si ibu apabila dia membuka almari anaknya pada hari Isnin dan mendapati 7 anak eastern brown snake menjalar sekitar dalam kotak plastik. Kyle bernasib baik kerana dia telah menutup bekas dengan penutup yang terlalu ketat untuk anak ular untuk menolak daripada terbuka.

Keluarga Kyle bergegas dengan bekas yang dengan ular di dalamnya ke Billabong Sanctuary renjer untuk menyerahkan 'kandungan maut' kepada penjaga hidupan liar, yang terkejut dengan kandungan bekas tersebut

Cik Trish Prendergast segera menghubungi keluarga Cummings, memastikan tiada siapa yang telah menyentuh ular tersebut

"Mereka dilahirkan sangat berbisa," kata Prendergast.

Prendergast mahu memastikan yang Kyle atau sesiapa sahaja tidak menyentuh anak ular; walaupun gigi mereka masih terlalu kecil untuk menembusi kulit, mereka akan megeluarkan racun yang sangat berbisa.

Prendergast berkata Kyle sangat bernasib baik dia tidak berhadapan dengan ibu ular semasa dia mengambil telur yang mengatakan ibu ular eastern brown snake biasanya berada berdekatan sarang mereka kerana mereka mengeram telur mereka dan mereka menjadi agresif apabila berhadapan.

Prendergast dilepaskan anak ular ke belukar Australia dan memberi amaran kepada kyle supaya jangan mengambil apa-apa dari sarang:

“Anda memang tidak tahu apa anda mungkin dapat!,” katanya.
Share this post :
 
Support : 8Share lah! | ChurpChurp | Gush Ad lah!!
Copyright © 2014. Echo News Portal - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger