Headlines News :
Home » , , » Antara yang dominasi carta YouTube

Antara yang dominasi carta YouTube

Written By Unknown on Friday, December 28, 2012 | 10:09 AM



Dengan tahun 2012 hampir menutup tirai, YouTube telah mengeluarkan senarai carta Top 10 mereka dan YG Entertainment telah mendominasi hampir kebanyakannya. 

Seperti yang dilaporkan di laman sesawang Kpopstarz, menerusi carta K-Pop M Top 10 2012 yang dikeluarkan YouTube, tujuh daripada muzik video yang menduduki senarai merupakan bintang keluaran agensi tersebut, yang merupakan milik bekas ahli Seo Tai-ji & The Boys, Yang Hyun-suk. 

Mengikut senarai tersebut, Psy menduduki tempat pertama dan kedua dengan lagu "Gangnam Style" dan "Oppa Is My Style" hasil kolaborasi dengan penyanyi rap wanita 4minute, HyunA. 

Sementara itu, kumpulan Big Bang mendominasi tempat ketiga, keenam, kelapan dan kesembilan dengan video muzik mereka, "Fantastic Baby", "Blue", "Bad Boy" dan "Monster". 




Satu lagi kumpulan keluaran YG Entertainment, 2NE1 turut memasuki carta di tempat kesepuluh dengan single, "I Love You". 

Selain daripada artis YG Entertainment, SM Entertainment juga berjaya memuatkan dua muzik video kumpulan mereka ke dalam senarai, dengan sub-unit Girls' Generation, TaeTiSeo di tempat kelima melalui muzik video "Twinkle" manakala 'adik' mereka, f(x) berada satu tangga di depan mereka dengan "Electrick Shock". 


Bintang rap HyunA sahaja wakil Cube Entertainment yang berjaya memasuki carta tersebut melalui muzik video "Oppa Is My Style" (tempat kedua) dan "Ice Cream" (tempat ketujuh), itu pun satu daripadanya merupakan kolaborasinya bersama Psy. 

Senarai penuh seperti berikut: 

1. Psy – "Gangnam Style"
2. Psy & Hyuna – "Oppa Is My Style"
3. Big Bang – "Fantastic Baby"
4. F (x) – "Electric Shock"
5. TaeTiSeo – "Twinkle"
6. Big Bang – "Blue"
7. HyunA – "Ice Cream"
8. Big Bang – "Bad Boy"
9. Big Bang – "Monster"
10. 2NE1 – "I Love Yo"
Share this post :
 
Support : 8Share lah! | ChurpChurp | Gush Ad lah!!
Copyright © 2014. Echo News Portal - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger