Headlines News :
Home » , , » Polis Berpangkat Koperal 'Disuap' RM500

Polis Berpangkat Koperal 'Disuap' RM500

Written By Zul Fikri on Friday, November 30, 2012 | 10:20 AM




Dua pengawal keselamatan dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan memberi sogokan RM500 kepada seorang anggota polis bagi mengelak tindakan kerana menjual dadah di Hulu Langat, dekat sini, Ogos lalu.

Tertuduh, J Genash, 31, dan K Karithikeyan, 40, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Asmadi Hussin.

Dua sekawan itu didakwa memberi suapan wang tunai itu kepada Koperal Mohd Kamarulzaman Mohd Sukri dari cawangan pencegahan jenayah, Balai Polis Kajang di hadapan EGI Group, Lot 5290, Batu 19, Off Jalan Semenyih, Kajang, jam 5.30 petang, pada 24 Ogos lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama.

Akta itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Yusliza Mohd Yusoff dari SPRM menawarkan jaminan RM10,000.
Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jumlah itu dikurangkan atas alasan tidak berkemampuan.

Asmadi membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin.
Beliau juga memerintahkan Genash dan Karithikeyan masing-masing melapor diri ke pejabat SPRM pada Ahad pertama setiap bulan.
Share this post :
 
Support : 8Share lah! | ChurpChurp | Gush Ad lah!!
Copyright © 2014. Echo News Portal - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger