Headlines News :
Home » , » Dihukum penjara tiga tahun dan dua sebatan kerana MINYAK!!

Dihukum penjara tiga tahun dan dua sebatan kerana MINYAK!!

Written By Unknown on Friday, November 30, 2012 | 8:38 AM





Seorang pemandu di Istana Mestika di sini, dihukum penjara tiga tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, selepas didapati bersalah atas dua tuduhan menyalahgunakan dua kad minyak milik istana, di Klang, empat tahun lalu.
Hakim Aslam Zainuddin membuat keputusan itu terhadap Zaharuddin Ithnin, 43, selepas berpuas hati apabila pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Beliau turut memerintahkan hukuman penjara itu berjalan mulai semalam.
Sepanjang perbicaraan, seramai sembilan saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan tampil memberi keterangan.

Mengikut pertuduhan, Zaharuddin yang kini digantung tugas didakwa menyalahgunakan dua kad minyak milik istana kerajaan negeri membabitkan RM345.85.

Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Stesen Minyak Shell Warisan Faizah Enterprise, Kampung Batu Belah, Jalan Sungai Putus, Klang, antara jam 2.45 dan 3.30 petang, pada 21 Mac lalu.
Bagi setiap pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.


Terdahulu, peguam Abdul Halem Mohamad Husin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan mengambil kira tertuduh menanggung empat anak masih bersekolah.
Beliau berkata, sejak digantung tugas, anak guamnya menyara hidup dengan bekerja sebagai penghantar cepat di kedai alat ganti kenderaan dengan pendapatan antara RM1,000 dan RM1,200 sebulan.

Menurutnya, lelaki itu amat kesal dan kes itu memberi kesan mendalam terhadap keluarganya apabila ibu lelaki itu meninggal dunia ketika kes masih dibicarakan.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Faten Hadni Khairuddin memohon hukuman berat memandangkan kes itu membabitkan kepentingan awam.

Beliau berkata, hukuman perlu memberi pengajaran kepada tertuduh dan mendidik orang awam terutama pekerja istana supaya tidak sewenang-wenangnya mengambil peluang melakukan kesalahan sama.
Share this post :
 
Support : 8Share lah! | ChurpChurp | Gush Ad lah!!
Copyright © 2014. Echo News Portal - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger