Headlines News :
Home » , , » Antara Wanita Paling Kejam di Dunia

Antara Wanita Paling Kejam di Dunia

Written By Unknown on Saturday, November 24, 2012 | 12:24 AM


1. Jiang Qing



Korban: 500.000 +
Jiang Qing adalah isteri kepada Mao Tse-tung seorang diktator komunis di China. Kerana kepintarannya menyusun gerakan dia berjaya mendapat kedudukan yang paling berkuasa dalam parti komunis (berkuasa seperti Presiden). Dia dipercayai menjadi dalang di sebalik Revolusi Budaya China (di mana dia menjadi wakil pemimpin). 
Semasa Revolusi Budaya, banyak aktiviti ekonomi yang berhenti dan bangunan-bangunan kuno, artifak, barang-barang antik, buku-buku, dan lukisan-lukisan yang tidak terhitung banyaknya dihancurkan oleh Red Guards (pasukan merah). Selama 10 tahun Revolusi Budaya juga memberi pengaruh dalam sistem pendidikan yang diberhentikan dan ramai orang pintar dihantar ke kem tahanan. Berjuta-juta orang di China dilaporkan mengalami penyeksaan hak-hak asasi selama Revolusi Budaya. Jutaan yang lain juga dipecat secara paksa. Jumlah korban kematian orang awam dan pasukan merah, sama ada mereka yang menetap di barat dan timur adalah sekitar 500,000 dalam kekacauan pada tahun 1966-1969 tetapi anggaran tersebut mungkin lebih tinggi iaitu 3 juta dari 36 juta orang yang dianiaya.

2. Delphine LaLaurie 1775 – 1842


Korban: 10 +
LaLaurie adalah kaum socialite yang kejam dan menetap di New Orleans. Rumahnya adalah bilik yang penuh dengan keseraman. Pada 10 April 1834, kebakaran berlaku di dapur apartment LaLaurie dan ahli bomba telah menemui 2 kanak-kanak yang dirantai di dapur dan dipercayai mereka lah yang memulakan kebakaran untuk mendapatkan perhatian. Ahli bomba kemudiannya dibawa oleh kanak-kanak tersebut menuju ke loteng di mana terdapat perkara yang lebih mengejutkan. Lebih daripada satu dozen kanak-kanak cacat dan kudung terikat di dinding dan lantai. Mereka menjadi subjek untuk percubaan perubatan yang mengerikan. Seorang lelaki dilihat sebagai sebahagian pertukaran seks yang ganjil, seorang wanita di sumbat dalam kandang yang kecil dengan lengannya yang rosak dan kelihatan seperti ketam, dan wanita lain tanpa tangan dan kaki, dan terdapat tampalan daging pada dirinya agar kelihatan seperti ulat bulu. Mulutnya dijahit dan dibiarkan kelaparan sehingga mati. Tangannya pula dijahit dengan bahagian anggota badan yang lain. Kebanyakan ditemui mati, tetapi beberapa orang yang masih hidup pula meminta untuk dibunuh agar tidak menderita lagi. LaLaurie lari sebelum dia diadili dan dia tidak pernah ditangkap.

3. Phoolan Devi 1963 – 2001


Korban: 22 +
Phoolan Devi adalan perompak India (perompak bersenjata) yang pernah menjadi ahli politik sekejap. Pada 1970-an dia diculik oleh geng perompak dan dia akhirnya bergabung dengan mereka untuk melakukan kejahatan. Pada satu ketika dia telah diperkosa oleh sekumpulan lelaki di Behmai. Dia memilih untuk lari dan meneruskan kehidupannya untuk melakukan kejahatan, merompak dari orang-orang kaya. Namun dia akhirnya kembali ke Behmai dan kemudiannya telah mendapatkan kembali lelaki terbabit serta diarah untuk untuk berbaris dan menembak mereka satu persatu. Lebih kurang 22 lelaki terbunuh. Namun, dia akhirnya ditangkap dan menghabiskan 11 tahun dipenjara. Dia kemudiannya menyertai dunia politik tetapi hanya dalam masa yang singkat kerana wujudnya pemberontakkan. Namun amat mengejutkan apabila pada tahun 1998, Phoolan Devi dicalonkan untuk mendapatkan hadiah Nobel oleh beberapa ahli parlimen Inggeris. Pada tahun 2001, dia dibunuh oleh seorang lelaki dalam usaha membalas dendam atas pembunuhan yang dilakukannya di Behmai.

4. Rosemary West 1953


Korban: 12 +
Bersama suaminya Fred, Rosemary West dipercayai telah menyeksa dan membunuh 12 wanita muda. Pada ogos 1992 Fred West ditangkap setelah dituduh memperkosa anaknya yang berumur 13 tahun sebanyak 3 kali, dan Rosemary West ditangkap atas kekejaman terhadap kanak-kanak. West melakukan kebiasaannya untuk mengambil kanak-kanak perempuan dari perhentian bas disekitar Gloucester, England dan memenjarakan mereka dirumah mereka untuk beberapa hari sebelum membunuhnya. West mempunyai nafsu seksual yang besar sekali dan menikmati perhambaan ekstrem dan seksual sadomasocithistic. Rosemary adalah seorang biseksual dan kebanyakan korban-korban mereka adalah untuk kepuasan seks dia dan suaminya. West juga bekerja sebagai pelacur. Dua daripada anak mereka adalah kanak-kanak yang dilahirkan melalui hubungan intim dengan pelanggannya. West adalah salah seorang daripada dua wanita yang pernah dihukum mati dipenjara di UK (seorang lagi adalah Myra Hindley)

5. Marybeth Tinning 1942


Korban: 9
Antara tahun 1972 dan 1985, Tinning mempunyai 8 anak, di mana semuanya telah dibunuh, dan anak angkat yang dibunuhnya juga. Beberapa tahun selepas kematian anak-anaknya, tiada sesiapa pun yang mencurigai bahawa dia telah membunuh mereka malah menyalahkan akibat perbezaan masalah genetik. Perkara ini akhirnya terbongkar selepas anak angkatnya yang ketujuh yang dibunuh. Dia akhirnya mengaku bahawa dia telah mencekik anak-anaknya, tetapi kemudiannya menarik kembali pengakuan tersebut. Dia telah dihukum 20 tahun penjara, dan kedua-dua permintaan pembebasan bersyaratnya ditolak










Share this post :
 
Support : 8Share lah! | ChurpChurp | Gush Ad lah!!
Copyright © 2014. Echo News Portal - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger