Headlines News :
Home » » Insomnia..emm???

Insomnia..emm???

Written By Unknown on Wednesday, February 24, 2010 | 9:57 PM


Ayoyo..skit hti tol la..every night susah bangat aku nk tido ne..puas da aku golek2..guling2 atas tilam yang x best ne..cam2 da aku buat..still x leh tdo gak..part yg best 2..susah tido punya psal..aku kua jlan2 di pagi ari yg herning 2 smbil kire bintang...pastu kul 4 5 pgi bru leh tdo..msalah tol..sok mula la..terhangguk2..mleleh air liur..huh..terbaek...masalah susah nk tdo org call insomnia...em..jom kte usha kit..pe la insomnia 2..da tips2 kit..kpd sape yg da prob ne leh la try..n 1 lagi..jng la mlu2 nk share ngn aku ye about prob nehh...jom..

Kajian menunjukkan insomnia(susah untuk tidur,selalu berjaga di tengah malam dan kualiti tidur yang rendah) telah merebak dikalangan golongan dewasa sebanyak 45%!

Lebih kurang seorang dari 2 orang mempunyai masalah tidur. Insomnia berkait rapat dengan masalah kesihatan seseorang dalam memberi perhatian ketika berkerja,belajar dan bersukan. Akibatnya, ramai yang mengalami masalah ini terjebak dengan masalah tekanan mental dan penyalahgunaan dadah dan alkohol(danger ooOO)

Demikian gak halnya apabila org 2 x dpat tdo ngan sempurna atau masalah gguan tdo diistilahkan sebgai insomnia dan dianggap sebagai masalah kesihatan..mninggalkan kesan buruk klau brterusan...

Sebab-sebab berlakunya insomnia adalah:

  • Penyusutan pada sel-sel otak(ne tuk golongan org tua2 jew..muda-mudi ne xpe kot)
  • Pengurangan aliran darah ke otak
  • Gangguan penyakit
  • Kesan sampingan ubat
  • Masalah emosi/ psikologikal
  • Ketidakupayaan fizikal
  • Perubahan kepada persekitaran
  • Kekurangan aktiviti yang merangsangkan pada siang hari

Tanda-tanda gangguan tidur

Masalah tidur boleh dikenali melalui tanda-tanda berikut:

  • Sukar untuk melelapkan mata
  • Susah untuk mengekalkan kenyenyakan tidur
  • Terjaga lebih awal dari lazimnya
  • Masih merasa letih lesu keesokan pagi

Komplikasi

Gangguan pada corak tidur boleh mengakibatkan:

  • Letih-lesu
  • Tidak berminat menguruskan diri
  • Gangguan tumpuan
  • Kurang daya tahan sakit
  • Keresahan dan gelisah
  • Perubahan emosi termasuk menjadi murung

Di bawah merupakan tips yang dapat membantu mereka yang mempunyai masalah tidur:

1. Tidurlah mengikut jadual dan biasakan diri untuk tidur dan bangun pada masa yang kita telah tetapkan.

2. Bina persekitaran yang kita rasakan boleh membuat kita tidur. Contohnya, padamkan lampu, tutup tv atau radio dan juga pengudaraan yang baik.

3. Jangan biarkan diri anda tertekan atau memikirkan sesuatu ketika anda hendak tidur. Ini akan menganggu fikiran anda dan menyebabkan otak anda berkerja untuk menyelesaikan masalah itu sehingga menyebabkan anda susah untuk tidur.

4. Elakkan meminum kopi atau minuman yang mempunyai kaffeine/alkohol. Kalau nak tidur pukul 10, paling lewat boleh minum, pukul 8.

5. Carilah sebab untuk anda tidur. Elakkan tidur pada waktu petang. Seeloknya bersenamlah 30 minit sehari dan 4 jam sebelum masuk tidur.

Share this post :

+ comments + 1 comments

Anonymous
February 26, 2010 at 5:12 AM

insomnia?! try r magnetic therapy~

AvantGardeShoppe

Post a Comment
 
Support : 8Share lah! | ChurpChurp | Gush Ad lah!!
Copyright © 2014. Echo News Portal - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger