Headlines News :
Home » » fakta-fakta yang menarik Tuk sume..

fakta-fakta yang menarik Tuk sume..

Written By Unknown on Friday, February 26, 2010 | 12:34 AM

  • Ketua Perpustakaan Vatican, Rom (1819-1849), Giuseppe Caspar Mezzofanti mampu bertutur dalam 50 bahasa dan telah menterjemahkan hasil karya yang ditulis dalam 114 bahasa.

  • Wanita-wanita dari keturunan Pigmy di Lembah Congo , Afrika amat takut jika suami mereka terpikat dengan wanita-wanita lain. Bagi mengelakkan suami digoda oleh wanita lain, setiap isteri bertindak mengawal suami mereka dengan mengukir nama mereka di dahi suami masing-masing. Lantaran itu, sudah pasti suami mereka tidak lagi miang untuk mendekati wanita lain kerana nama isteri mereka sudah terpahat di dahi.

  • Ais krim adalah makanan yang menjadi kegemaran kanak-kanak. Namun begitu, tidak ramai yang mengetahui siapakah yang mula-mula menemui cara-cara membuat ais krim. Sebenarnya orang yang mula-mula menemui cara membuat ais krim ialah seorang lelaki berbangsa Perancis bernama Gerald Tissain dalam tahun 1620. Selepas penemuan tersebut, maka lahirlah pelbagai jenis perasa ais krim yang cukup melazatkan sehingga ke hari ini.

  • KIBBER adalah sebuah perkampungan kecil di kawasan bukit yang berpasir di Himachal Pradesh, India . Ia menjadi sebuah perkampungan tertinggi di dunia. Walaupun Kibber terletak di paras ketinggian 4,205 meter, namun ia menjadi sebuah perkampungan selesa walaupun di musim sejuk kerana kawasan tersebut mempunyai kemudahan asas yang lengkap bagi kegunaan penduduk di situ. Kibber sebuah perkampungan yang tidak boleh dianggap mundur dan daif sebaliknya akan menakjubkan dan menggamit hati setiap pengunjungnya. Walaupun ia berada di puncak gunung di sana tetap terdapat bekalan elektrik, jalan raya untuk kenderaan bermotor, sekolah dan pejabat pos serta klinik.

  • Taj Mahal merupakan salah satu binaan yang terkenal di dunia yang dibina semata-mata bagi mengabadikan sebuah cinta yang suci seorang suami terhadap isterinya. Taj Mahal yang terletak di Agra , Uttar Pradesh , India adalah sebuah monumen tinggalan Kerajaan Moghul. Bangunan cantik tersebut diseliputi oleh batu marmar putih berkilauan. Di dalam bangunan tersebutlah bersemadinya permaisuri Maharaja Shah Jehan, Mumtaz Mahal. Shah Jehan amat menyintai isterinya lantas memerintahkan agar Taj Mahal dibina sebagai tanda cinta setianya kepada Mumtaz. Pembinaan Taj Mahal yang mengambil masa sehingga dua puluh tahun itu berjaya disiapkan pada 1653.Pembinaannya juga telah melibatkan ribuan tenaga buruh.

  • Pemimpin negara China yang terkenal dan diagung-agungkan oleh rakyatnya, Deng Xioping sebenarmnya mempunyai rahsia tersendiri bagaimana beliau berjaya mengekalkan kesihatan sehingga umurnya menjangkau lebih dari 90 tahun. Xioping menyatakan rahsia tersebut dalah amalannya mandi air sejuk dan bermain terup.

Share this post :
 
Support : 8Share lah! | ChurpChurp | Gush Ad lah!!
Copyright © 2014. Echo News Portal - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger